Tuesday, August 9, 2011

Ramadan 10

Masuk 10 Ramadan hari ini.  Baru berkesempatan menjengah blog sendiri.  Jauh sekali singah blog kawan.  Punyalah sibuk.  Alhamdulilah.  Semuanya berjalan lancar.

Ramadan pertama bertugas di Maju Junction.  Sampai di rumah pun dah jam 6.45 petang.  Apa saja lah yang boleh difikirkan kalau masa kurang dari 45 minit.  Belum tolak menung lagi.

Apapun reski allah datangnya tidak terduga.  Jiran ketuk pintu hantar lauk berbuka dari YB Tengku Adnan Tengku Mansor.  Terima kasih Dato.  Berbuka dengan kurma minum air makan bubur lambuk sikit sorang.  Dapat bubur 2 bungkus.  Kami berbuka 6 beranak.  Maklum jelah budak2.    

Selepas solat maghrib nasi dah masak.  Lauk dah ada kami pun makanlah dengan berselera sekali.

Juadah hari ini apa pula.

cempedak goreng
( pagi tadi dah belah cempedak keluarkan isinya simpan dalam peti.  kulitnya pun dah kupas dah letak garam.  minggu depan jadilah makanan kebangsaan aku 'mandai').  Kulaan di luar sana tahuklah icam awan mandai.  Kada pinandu awan mandai icam kada Banjar.

lauk-pauk di bazar perangkaan c7
- ikan pari masak asam pedas 2 potong
- telur puyuh masak sambal 10 biji
- sayur lemak pucuk ubi RM 2

6.00 pm dah ada kat rumah.

pertama sekali mesti masak nasi dulu
masak air
panaskan lauk2 beli tadi
panaskan juga rendang ayam dan sambal udang
goreng cempedak
buat air tea 0
susun pingan dan cawan
hidang 2 tempat

Sekitar 7.15 pm dah siap duduk depan hidangan
sambil lipat kain

Inilah rutinku sekiranya tiada tempahan kuih atau makan dari surau dan teman-teman.