Thursday, September 1, 2011

02/09/2011 (4 Syawal 1432H)

Raya ke 4 (masuk hari ke 2 aku berpuasa ganti - ada 4 hari lagi).  Lepas ini boleh berpuasa sunat Syawal pula.  
Hari ini ada beberapa lagi resipi hebat yang baru dapat dari rakan Blog.  Ada kelapangan nanti pasti aku buat.
 
KUIH LIPAT


Bahan Kulitnya:
2 cwn tepung gandum
2 ½ cwn air pandan
sedikit garam
secubit baking powder dan soda bikarbonat
1 biji telur
sedikit pewarna hijau
Cara2 menyediakan:
Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. Guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya.

Bahan inti:
2 biji telur
2 cwn santan
3/4 cwn gula
4 sudu tep kastard
secubit garam

Cara2 menyediakannya

Campur kesemua bahan kecuali daun pandan hingga rata. Tapiskan ke dalam kuali & masukkan daun pandan. Kacau dengan api sederhana hingga pekat angkat n sejuk sebelum d masukan ke dlm kuih tangkup.

KUIH TEPONG BUNGA



Bahan2
1  cawan tepung pulut

½ cawan tepong gandum

Sedikit garam

Air suam campurkan sedikit kapur secukupnya untuk menguli tepong
1 biji telur
minyak utk goreng
gula utk tabur

Cara2 Membuat

Gaul tepung & garam dengan air hingga bentuk doh lembut ~ seperti doh buah melaka
Pastu gentel sebesar guli hingga habis.
Pecahkan telur dan kocok/pukul hingga sebati.
Panaskan minyak dan leperkan sebiji adunan td atas tapak tangan, jd sebesar duit siling 50.
Celup dlm telur dan goreng sampai golden brown dan toskan.
Hidangkan dlm piring dan tabur gula.

Ikan Kembong Goreng Sambal Tempoyak


bahan-bahan :-)
3 ekor ikan kembong
1 helai daun kunyit dan serai hiris halus  - boleh bubuh tak suka tak payah bubuh

5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah*  - kisar halus semua bahan ini

1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)

1. goreng ikan jangan garing sangat



2. tumis bahan kisar hingga garing, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.

3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.  



IKAN KEMBONG MASAK TEMPOYAK



Bahan-bahan
2 ekor ikan kembong / 2 potong ikan tengiri
3 sudu besar tempoyak ~ dicampurkan dengan sikit air jadikan pes
Daun kesum / 1 kuntum bunga kantan
1 ~ 2 keping asam keping
2 ~ 3 biji cili kering*
1 inci lengkuas*
1 biji bawang besar*
1 inci kunyit hidup*
Air secukupnya ikut kepekatan kuah yg dikehendaki
Garam
Gula (optional/ ikut citarasa/ boleh tambah sekiranya guna tempoyak lama yg agak masam)

Cara-cara
 

Bahan2 bertanda* dikisar halus.  Masukkan air & bahan-bahan kisar ke dalam periuk & didihkan.  Kemudian masukkan bunga kantan, tempoyak, daun kesum, asam keping, garam & gula secukupnya. Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan ikan. Bila ikan sudah masak & kuah secukup rasa bolehlah di tutupkan api & dihidangkan dengan nasi putih berserta sayuran & ikan masin.



GULAI NASI DAGANG

Bahan2

2 - 3 ekor ikan tongkol (anggaran 2 kg) (dipotong, dibersihkan & direbus bersama sedikit air, 3 sudu kecil garam dan 6 keping asam gelugur)
2 biji kelapa (ambil santan sederhana pekat @ cair sedikit pun tak mengapa)
3 sudu besar rempah kari ikan (campur sikit air jadikan pes)
2 sudu besar kerisik yg ditumbuk halus
2 inci kulit kayu manis
2 keping asam keping
10 biji cili hijau
15 biji cili api
10 biji belimbing buluh
1ketul gula melaka
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Bahan2 Dikisar Halus
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
8 ulas bawang merah
1 biji bwg besar (kalau kecik.. letak 2)
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
15 ~ 20 biji cili kering ~ dikerat2 & rebus sebentar & buang biji (dikisar)


Cara Menyediakan
1. Gunakan periuk yg agak besar sedikit. Masak santan bersama (sedikit saja) garam di atas api sederhana sehingga pecah minyak. Kacau sekali sekali sahaja.
2. Masukkan kulit kayu manis, ramuan yang dikisar dan pes rempah tadi ke dalam santan.
3. Masukkan gula melaka, garam, kerisik dan asam keping. Biar mendidih sebentar.
4. Masukkan ikan rebus beserta air rebusannya & asam keping semasa merebus tadi. Tambahkan serbuk perasa.
5. Biarkan kuah pekat sedikit. Hati2 semasa mengacau agar ikan tidak pecah.
belimbing buluh, cili hijau dan cili api. Biar merenih sebentar dan  sesuaikan rasanya bolehlah di angkat.


KARI IKAN / KEPALA IKAN ALA MAMAK

Ikan merah/ jenahak / tengiri / kembong
5 sudu besar rempah kari ikan

3 sudu besar cili kisar


Bahan2 Kisar
1 biji bawang besar
3-4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit lada hitam (letak 1 sudu kecik serbuk lada hitam)

Bahan2 Mayang
1 labu bawang besar dimayang halus
3 biji bawang putih

daun kari 2 tangkai (Jangan leraikan)
sedikit halba campur
air asam jawa

garam secukup rasa

air secukupnya utk kuah

Bahan Rampai
Terung ataupun boleh guna kacang bendi, cili hijau, buah tomato

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur,masukkan cili kisar, bahan mesin, rempah kari ikan.  Masukkan 2 tangkai daun kari...jgn ceraikan daun tu..sbb batang daun kari tu akan memberi aroma yg sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering.

2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yg disukai...masukkan garam.

3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. Sedia utk dihidangkan.


Solok Lada / Sarok Lada


Bahan2

Lada solok atau lada hijau secukupnya

1 kg ikan kembong / ikan selayang (ambil isinya saja)

1/2 biji kelapa parut saiz besar ~ kalau kecik letak je sebiji (guna kelapa yang agak muda yg berkulit hijau yer)

8 ulas bawang merah

garam secukup rasa

sedikit gula



Cara2 menyediakan

1. Sediakan cilinya dulu. Cuci bersih cili & toskan. Belah memanjang cili (jangan putus & jangan sampai terbelah dua!). Potong sedikit kulit cili dibahagian tangkainya supaya bahagian bijinya boleh dibuang.  Buangkan semua biji yang ada di dalam perut cili (boleh korek2 dengan mata pisau ye). Cuci bersih dengan air paip. Buat sehingga habis & toskan cili.

2. Sediakan isinya pula.  Tumbuk bawang merah hingga halus. Kemudian tumbuk pula isi ikan hingga halus. Gaul dengan kelapa parut muda dengan menambah garam & sedikit gula.  Tumbuk lagi campuran ini sekadar sebati (tak perlu sampai kelapa hancur.. tumbuk gitu2 je).
3. Sumbat isi ikan ke dalam perut cili hingga penuh.  Susun dalam periuk kukusan. (masa ni dah boleh panaskan kukusan). Buat sehingga habis. Jika tak cukup cili.. boleh buat bulat2 macam vadei tu.. sesuai untuk budak2 sebab tak pedas.
4. Kukus sehingga solok masak lebih kurang 15 minit. Angkat & hidangkan.


PECAL



Sayuran (kuantiti agak2 sendiri ye)



Secekak pucuk ubi ~ dicelur hingga lembut dan dipotong halus

6 urat kacang panjang ~ dicelur & potong 1 inci
secekak kangkong kampong ~ dicelur & hiris
1 biji timun ~ dihiris memanjang

2 biji telur ayam ~ direbus (optional ~ ku tak letak kali ni)
3 keping tauhu ~digoreng & potong kiub
3 keping tempe dalam daun ~dipotong kecik2 & digoreng
1 biji sedang sengkuang ~ dipotong

taugeh - celur kejap

Bahan Kuah
2 cawan kacang tanah ~ goreng tanpa minyak dan di kisar

2 cm belacan
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 ~ 5 ketul isi cekur
10 cili kering ~ direbus (boleh juga guna 20 biji cili padi )
2 sudu besar/lebih asam jawa ~ diramas dengan air & ambil jus

5 ~ 6 sudu besar gula merah / gula putih (kuah kena manis2 sikit)

garam secukup rasa

Cara2 Menyediakannya

Bwg besar, bwg putih, cekur, cili padi/cili kering digoreng sekejap hingga layu.. guna minyak sikit jer.. pastu kisar halus bahan2 goreng tadi dan juga belacan. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama dengan kacang tanah kisar dan jus air asam jawa. Tambah air hingga mendapat kepekatan yg disukai. Didihkan dengan api sederhana hingga pekat. Masukkan gula dan garam secukupnya dan bolehlah dihidangkan bersama2 sayur-sayuran tadi.



SERABAI


BAHAN SERABAI :-)
500 g tepung beras
300 g nasi, kisar halus dengan sedikit air
1 liter santan, masak hingga suam
1 1/2 camca teh instant dried yeast
Garam secukup rasa

BAHAN KUAH GULA :-)
1 cawan gula perang (gula timbang)
2 cawan santan
2 biji pisang, dihiris
2 helai daun pandan, disimpul
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK SERABAI :- Bancuh semua bahan2 untuk serabai kecuali santan. Kacau rata dan tuang santan suam sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang sempurna, tak pekat sangat atau cair sangat, seperti bancuhan membuat kuih cara. Perap adunan tadi 2 jam (mat perap lama sikit). Panaskan non-stik pan. Lenser sedikit minyak dan tuang adunan tadi kurang lebih 1 senduk lauk, biar masak dengan api perlahan sehingga permukaannya berbuih dan menghasikan lubang2. Tutup sekejap dengan tudung periuk, bila serabai kelihatan kering, boleh lah diangkat, hidangkan bersama kuah gula...

2. UNTUK KUAH GULA :-) Satukan semua bahan untuk kuah gula kecuali pisang, masak hingga semua larut, tapis dan masukkan kembali ke dalam periuk. Tambah pisang dan renih hingga kuah pekat. Sejukkan dan hidang bersama kuih serabai

Nanti bila dah buat sendiri baru masukkan gambar.  Sekarang baru belajar dari rakan-rakan blog.  Gambar pun rakan-rakan punya.  Tidak baik buat macam tu. 


No comments:

Post a Comment