Sunday, September 4, 2011

05 Sep 2011 - 7 Syawal 1432H

Hari ini 7 Syawal.  Baru hari ke 3 berpuasa ganti.  

Ingat dah tak datang kaunter Maju Junction lagi bulan ini.  Rupa-rupanya awal lagi dah kena datang.  Adikku Suriani baru on the way dari Alor Star pagi ni.  Esok pula kak Ct masih sibuk ngan anak-anak.  Maklumlah masih dalam suasana panas berhari raya.  Aku sendiri pun macam tu juga 4 tahun yang lalu. 
Bagi kami sekeluarga raya cukuplah sampai semalam je.  Tengoklah kalau ada rezki dan selesai buat sunat Syawal nanti boleh lah raya sekali lagi.

Pagi ini seronok bercerita maaf bukan bercerita tapi mendengar kak Norsiah bercerita hari raya mereka sekeluarga.  Hari Sabtu mereka sekeluarga menginap di sebuah hotel sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.  Mereka sekeluarga berhari raya di kampung.  Jadi sebelum balik kampung, dapur telah dicuci dan ditutup.  Sehari sebelum balik kampung menginap di hotel bagi melancarkan urusan membeli belah barang-barang keperluan terakhir untuk berhari raya di kampung.  Bandar Kuala Lumpur memang tidak tidur sekitar seminggu menjelang hari raya.  Tiada masalah langsung untuk berbuka dan bersyahur.  Beli barang hantar hotel.  Beli lagi hantar hotel lagi.  Bergitulah hingga selesai.  Seronoknya.  Aku teringin nak buat macam tu juga tahun depan.  Tapi aku perlu ke nak buat macam tu.  Kot iapun balik kampung.  Kampung kat Semenyih je.  Balik Johor, Batu Pahat.  Faham-faham jelah.  Kat Johor apa yang tak ada.  Kuih raya dan kerepek kat Parit Raja.

Apa pun nastalgia juga hari raya ini.  Asyek mendengar cerita raya di kampung orang ingat juga hari raya
di kampung sendiri sekitar 13 tahun yang lalu.  Masa itu Ila baru 4 tahun.  Aku dan dia sahaja yang membuat persiapan menyambut raya di rumah abah.  Emak ada kat rumah bokdea lapis.  Apa boleh buat emak dan abah membawa haluan masing-masing.  Aku adik beradik yang nak pecah kepala menguruskan mereka.  Masa bersama pun sakit kepala menghadap mereka.  Apapun mereka semua hari ini tinggal kenangan sahaja.  Emak meningal Disember 2003 sementara Abah pula meningal November 2010.

Ini adalah hari raya pertama kami 3 beradik berhari raya masing-masing.  Angahnya raya di Sungai Dulang rumah keluarga mertua.  Acunya raya sendiri kat tempat kerjanya sebab isterinya kena bertugas di Hospital Pilah.  Aku lepas sembahyang raya terus ke pusara ibu di Presint 20, Putrajaya.  Lepas tu baru balik Semenyih, rumah mertua. 

Mujurlah sampai awal sikit.  Sempat jugalah makan laksa anak saudara bawa baru adik beradik lain sampai.  Lepas itu subahanallah ramainya saudara mereka datang.  Kerja aku basuh pingan dan cawan saja.  Hampir asar baru reda orang datang ziarah.  Barulah aku berpeluang makan ketupat dan lemang.  Sambil makan tu aku terkena juga.  Tapi biarlah dah memang betul pun.  Aku datang macam tetamu je.  Aku memilih untuk bertugas pada hari Isnin sehari sebelum raya.  Kalau aku datang awal bukan aku boleh jadi tuan rumah pun.

Aku tidak mengambil cuti sebelum raya.  Tapi bercadang bercuti lepas raya.  Aku ada urusan di Johor lepas ini.  Sepanjang hari puasa dan hari raya aku buat kerja sambilan.  Inilah masanya aku cari duit lebih.  Aku nak belanja lebih sikit aku kena cari sendiri.  Seronok tengok Ila boleh beli macam-macam.  Alhamdulilah kakitangan kerajaan macam aku dapat bonus setengah bulan gaji.  Cukup untuk Ila berhari raya tanpa mengusik duit gaji ibunya.  Syukur-syukur sangat.

Cerita hari raya di rumah Putrajaya pula.

Aku masak nasi putih, nasi empet, ayam masak kicap, tomyam campur, kuah kacang dan rendang hanya pada 3 Syawal.  Bukan malas tapi 1 Syawal di Semenyih dan 2 Syawal ke Kg Awah, Temerloh.  Tidak perlu masak di rumah.  3 Syawal memang bercadang mula bayar puasa.  Kalau hendak berziarah pun tidak mengapa boleh juga.  Tanya beras kata tidak bercadang ke mana-mana.  Aku dan Ila pun mula memasak.  Kebetulan adik hendak datang ziarah. Baguslah tu.  Cuma adik seorang sahaja yang datang hari itu.  Lepas berbuka aku packing semua masakan simpan dalam peti.  Esoknya Hari Jumaat, 4 Syawal aku sudah berkerja semula.

Semalam Ahad 6 Syawal ipar duai dan anak2 sedara sebelah suami datang.  habislah semua yang ku masak.  Seronoknya aku jamu mereka semua dengan hasil air tangan ku sendiri.  Set nasi empet dengan kuah kacang dan rendang, laksa johor, tat nenas baru buat tengahari itu juga dan kuih muih raya yang ku beli di pejabat dan sedara mara beri.  Sebelum itu pada tengaharinya kami sekeluarga makan nasi putih, ayam masak kicap dan kari ikan merah.  Suka nak maklumkan pada semua kari ikan merah aku belajar dari kawan kat maya 'Madihah'Terima kasih Madihah.  Kak Ham tengah cari tempoyak nak masak ikan goreng sambal tempoyak Madihah.  Mesti sedap.  Kari ikan merah pun sedap sangat.

      

        


          

        
         

No comments:

Post a Comment