Sunday, January 30, 2011

30/01/2011 - AGAR-AGAR GULA MELAKA

Ahad - 9.30 am

Ini kategori kuih pertama mama buat sendiri.  Masa tu mama dalam tingkatan 2 (P) tahun 1983 kat Sekolah Menengah Kebangsaaan Seri Medan Batu Pahat.  Buat khas untuk majlis sambutan Hari Guru peringkat kelas jelah.  Jemput cikgu-cikgu tingkatan 1 dan 2.  Guru kelas mama masa tu nama dia Cikgu Uyub.  Kawan-kawan mama semua puji kuih mama paling cantik.  Satu kelas tu tak kurang dari 10 orang yang bawa agar2.  Merah ada, hijau ada kuih2 lain pun ada.  Mee hun goreng kawan mama bawa.  Nama dia Nik Kasni.  
           
Hari ini mama buat lagi kuih ni untuk anak-anak mama.  Sebab anak-anak mama ni ramai jiran lagi kawan opis juga dan paling penting ajenda utama setiap petang Ahad balik Kampung Batu 3, Bangi Lama.  Untuk itu mama buat lebih.

Lebih kurang sebagai panduan anak-anak mama dan rakan-rakan yang rasa nak buat kuih ni hari ini atau akan datang.

50    gm  agar-agar - rebus bersama 6 cawan air hingga agar-agar hancur
sudah hancur campurkan semua di bawah  - mula dengan santan kemudian gula akhir sekali telur.
Eloknya agar-agar tu rendam dulu 2-3 jam.  Jadi rebus kejap je.  Lama-lama rebus kena pandai agak air tu.  Paras sejat dialah kan.

1/2   kg santan - cairkan jadi 4 cawan campurkan sedikit garam
1      cawan gula - hanguskan sedikit sahaja kemudian cairkan dengan 2 cawan air
2      ketul gula melaka - cairkan bersama gula di atas
4      biji telur - pukul hingga kembang

Lebih kurang cam ni lah rupanya agar-agar gula melaka mama buat.  Tapi mama tuang dalam lengat je, lepas tu potong-potong.  Nak gambar lawa kena lah ambil dalam google images je.  Mama tak buat berniaga pun.  Terima kasih bebanyak kepada empunya sebenar image.


Saturday, January 29, 2011

28/01/2011 - HARI LAHIR NURUL HAZIRA

Khamis 27/01/2011 - 10.30 malam.

Kami raikan 12 jam lebih awal dari tarikh dan masa kelahiran sebenar Dek Ya (nama manja Nurul Hazira).  Tak boleh ditahan-tahan.  Nak sangat dah potong kek dia.  Majlis yang kami telah rancang sebulan dengan 3 biji kek yang kami tempah.  Bayangkan grand mana agaknya majlis yang bakal nak dibuat tu.  Akhirnya cuma dengan potong dan makan sebiji kek sahaja.  Tanpa makanan lain, tanpa air minum walaupun air sirap malah baju pun baju tidur je.






 

 

Tuesday, January 25, 2011

19/01/2011 - Rabu - Makan tengahari

JAMUAN PERPISAHAN PUAN MASNIZAH.

Hari ini terakhir bos di sini.  Mulai 24/01/2011 akan berkhidmat di KPT.  Kami ditinggalkan.  Biasalah tu.  Takkan nak mengikut lah pulak.  Orang pun tak nak membawaknya.

Untuk itu kami meraikan beliau dengan jamuan makan tengahari yang serba ringkas.  Menu nasi putih, sambal belacan dan ulama-ulaman, ayam goreng, udang lemak dengan peria, sayur campur, air sirap, sagu santan gula melaka dan paling istemewa puding karamel sumbangan Pn Suriyati.  Mama yang buat.
 
 
 Puding karamel Feqah

Mama buat ikut resipi.  Adalah satu dua bahan yang mama kurangkan juga lebihkan.  Ikut rasa tangan mama.  Terima kasih Feqah. Sampai buah-buah kat tepi pingan pun mama bubuh juga.

Sebab buat jamuan melibatkan 50 orang nak makan, mama buat 30 biji telur.  Lebih kurang lah resipi mama untuk kawan-kawan yang berminat.

30  biji telur
6    tin susu cair
2    botol esen vanila
12  sudu tepong kastard
garam secukup rasa

(kisar semua bahan ini hingga sebati dan tapiskan tak nak buih-buih sangat.
lepas tu kukus je sampai masak)

2    tin buah
(ini buat hiasan je.  tapi tak de tak lawa lah)

1    kg gula di hanguskan sikit 
tak de ni bukan karamel namanya





Monday, January 24, 2011

25/01/2011 - Selasa - 13.06 pm.

Hari ini dapat order dari unit TG, Cici Sidah.  Laksa Penang untuk 20 orang, hari Khamis 27/01/2011.    RM4/kepala.  Sambil buat untuk order sambil buat untuk makan.

28/01/2011 Jumaat ni hari jadi dek ya.  Cadangnya buat jamuan ringkas kat tadika dia je.  Sudah order sebiji kek krim coklet dan 60 biji muffin perasa coklet campur vanila.  Dek ya mintak jelly rupa strowbery warna pink kuat katanya.  Nampak kat kedai Darussalam tu le.  Malam tadi jumpa cawan-cawan apam.  Dah nak minta kuih apam pulak.  Minta dibuatkan kuih apam cawan warna pink cair katanya.  

Kebetulan 04/02/2011 ni hari jadi mama yang ke 42 tahun.  Tengok tu menarik tak.  Pada 4 hb.  2 yang ke 42.  Kalau boleh mama nak buat yang paling hebat.  Macam mana hebat.  Tunggu.........

16.30 pm.

Banyak betul perkara-perkara yang menarik difikirkan hari ini.  Kebetulan Sikin tengah on line beli tiket wayang.  Tumpang sekaki.  Beli sekali.  Malam esok 21.10 pm, kami 4 beranak tengok 'Kurafat'.  Agaknya seram manalah cerita tu.    

Saturday, January 22, 2011

makan malam 7.50

Nasi putih, ikan kembong goreng, pucuk masak air dan sambal sardin.
Alhamdulillah,

Sesi puding lapis jelly orange pulak. 3 bekas untuk keluarga satu bekas lagi untuk Huda dan mamanya (jiran yang paling akrab).  Gambar seperti di bawah.  Video pun ada.





Friday, January 21, 2011

masak-masak dengan mama

  
BERSAMA IBU MERTUA KU - HAJAH LARAH


Ini adalah kenangan raya 2009 di rumah Lek kat Damansara.  Raya pertamaku bersama keluarga Hajah Larah.  Dalam gambar ni kurang seorang (Ila).




 
KUIH LEMET @ LEPAT



Ini kuih pertama belajar dengan ibu mertuaku.  Sampai sekarang pun selalu buat.  Ialah bekalan pisang, daun pisang dan kelapa alhamdulilah tak pernah putus.

Orang tua-tua buat kuih banyak guna petua tapi tiada sukatan.  Jadi kena dengar dan tengok betul-betul cara dan banyak bahan yang mereka gunakan.


Bagi diri kak ok je.  Kebetulan biasa buat sebelum ni.  Belajar dengan  Kak Shamsiah berasal dari Sauk, Kuala Kangsar.  Agak sama sukatan dan bahannya tapi  cara membungkus je lain sikit.   

Bahan-bahan :-

10 cawan pisang yang masak ranum dilecek jangan hancur sangat
-        (fokus kepada pisang masak yang dah tak boleh goreng le)
1 cawan gula
-        nak manis tambah lagi
3 cawan tepong gandum
1 cawan tepong beras
½ cawan tepong ubi
1 sudu tea garam
2 biji kelapa diparut putih

Satukan semua bahan. Gaul sebati.  Sendukan 2 sudu ke daun pisang. Bungkus kemas.  Kukus 30 minit.  

Kak ada 3 versi untuk kuih ini.  Maklumlah kak ni keturunan Banjar.  Suami pulak orang Jawa.  Kerja kat sini kawan dengan orang Perak.  Keluarga kak panggil kuih ni sebagai Pais pisang, Lemet pisang dan Lepat pisang.

KALAU ADA MASA BOLEH CUBA KUIH2 DARI 'KULAAN' KU DI MAYA INI.

kuih pupudak



wadai kipeng
Ini dapat dari kulaan di Telok Intan.  Buat pengetahuan kulaan, kami di Johor menyambatnya sebagai kuih sunduk lawang (pupudak) n kikicak (wadai kipeng)