Sunday, January 30, 2011

30/01/2011 - AGAR-AGAR GULA MELAKA

Ahad - 9.30 am

Ini kategori kuih pertama mama buat sendiri.  Masa tu mama dalam tingkatan 2 (P) tahun 1983 kat Sekolah Menengah Kebangsaaan Seri Medan Batu Pahat.  Buat khas untuk majlis sambutan Hari Guru peringkat kelas jelah.  Jemput cikgu-cikgu tingkatan 1 dan 2.  Guru kelas mama masa tu nama dia Cikgu Uyub.  Kawan-kawan mama semua puji kuih mama paling cantik.  Satu kelas tu tak kurang dari 10 orang yang bawa agar2.  Merah ada, hijau ada kuih2 lain pun ada.  Mee hun goreng kawan mama bawa.  Nama dia Nik Kasni.  
           
Hari ini mama buat lagi kuih ni untuk anak-anak mama.  Sebab anak-anak mama ni ramai jiran lagi kawan opis juga dan paling penting ajenda utama setiap petang Ahad balik Kampung Batu 3, Bangi Lama.  Untuk itu mama buat lebih.

Lebih kurang sebagai panduan anak-anak mama dan rakan-rakan yang rasa nak buat kuih ni hari ini atau akan datang.

50    gm  agar-agar - rebus bersama 6 cawan air hingga agar-agar hancur
sudah hancur campurkan semua di bawah  - mula dengan santan kemudian gula akhir sekali telur.
Eloknya agar-agar tu rendam dulu 2-3 jam.  Jadi rebus kejap je.  Lama-lama rebus kena pandai agak air tu.  Paras sejat dialah kan.

1/2   kg santan - cairkan jadi 4 cawan campurkan sedikit garam
1      cawan gula - hanguskan sedikit sahaja kemudian cairkan dengan 2 cawan air
2      ketul gula melaka - cairkan bersama gula di atas
4      biji telur - pukul hingga kembang

Lebih kurang cam ni lah rupanya agar-agar gula melaka mama buat.  Tapi mama tuang dalam lengat je, lepas tu potong-potong.  Nak gambar lawa kena lah ambil dalam google images je.  Mama tak buat berniaga pun.  Terima kasih bebanyak kepada empunya sebenar image.


No comments:

Post a Comment